11.10
13

SUSPEK KES BUNUH PEGAWAI BANK SUBANG JAYA DITANGKAP DI JOHOR

by admin ·

mail.google.com

KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37,

dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman

Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman

yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.

Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek

ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia

di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat

ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV

memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut.

No Comments »Filed under: isu semasa | Tags:
11.5
13

Kenapa Kubur Wanita Digali Lebih Dalam Dari Lelaki?

by admin ·

3GR2r
Isteri : Abang, boleh sayang tanya?

Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?

Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). “Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita.”

Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.

Suami : *Hanya tersenyum*

Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, Allah SWT juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak..

No Comments »Filed under: isu semasa | Tags: , ,
10.29
13

NABIL TERKEJUT DAPAT ‘HADIAH’ RUMAH BERNILAI LEBIH RM1 JUTA?

by admin ·

nabil

PETALING JAYA: Hasrat pelawak Nabil Ahmad untuk membeli sebuah kondominium Antara di Persiaran Gurney, Kuala Lumpur membawa tuah apabila pemaju perumahan itu bersedia memberikan rumah berkenaan secara percuma bernilai RM1.036 juta.
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 29, berkata, pada mulanya dia sekadar ingin bertanya mengenai kondominium yang ingin dibelinya itu tetapi pihak pemaju, sanggup memberikannya satu unit percuma jika dia bersedia menjadi duta perumahan itu.
“Saya terkejut kerana pada asalnya saya sekadar melakukan ‘house hunting’ dan berminat dengan sebuah unit di kondominium Antara yang bernilai RM600,000 kerana harganya murah berbanding dengan perumahan lain yang agak mahal.
“Selepas membuat perbincangan, tiba-tiba pihak pemaju (Faber Development Holdings Sdn. Bhd) berminat pula untuk menjadikan saya sebagai duta kondominium tersebut selama setahun dan menawarkan sebuah unit bernilai RM1.036 juta secara percuma pada 23 Oktober lalu,” katanya.
Tambah Nabil, kondominium tersebut masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2016.
Dalam pada itu, Nabil menyifatkan pemberian kondominium tersebut merupakan hadiah terbesar yang pernah diterima sejak bergelar selebriti, lima tahun lalu.
Malah ia juga sebahagian daripada rezeki anaknya, Naera Mikayla yang akan berumur setahun pada 25 November ini.
Sementara itu, Nabil berkata, dia kini bergiat aktif dalam membuat pelaburan hartanah selepas didorong oleh rakan-rakannya dan sudah memiliki tiga buah rumah termasuklah kondominium berkenaan.
“Saya juga banyak belajar daripada seorang lelaki yang hebat dalam pelaburan hartanah bernama Ahyat Ishak.
“Dan setakat ini saya telah membeli sebuah kondominium di Jalan Duta (Kuala Lumpur), dan rumah itu dihadiahkan kepada emak saya. Manakala sebuah lagi di Ara Damansara yang mana di situ saya tinggal bersama isteri (Nazirah Ayub),” tuturnya.
Nabil juga merupakan duta kepada kasut jenama Vans sejak dua tahun lalu.

No Comments »Filed under: isu semasa | Tags:
10.25
13

Perbualan terakhir arwah sebelum ditembak ‘Abang masih sayang saya?’

by admin ·
kena tembak pengawal
SERDANG: “Abang sayang saya tak?,” itulah pertanyaan terakhir Norazita Abu Talib, 37, ketika menghubungi suaminya, Irwan Kamaruddin, 37, sejam sebelum mati ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya, petang kelmarin.
Irwan tidak membalas pertanyaan isterinya dan hanya memaklumkan sedang sibuk bekerja sebelum menamatkan panggilan telefon.
“Bagaimanapun, kira-kira sejam kemudian, saya mula bimbang sebaik dimaklumkan kawan sekerja mengatakan ada kejadian tembak di tempat Norazita bekerja, lalu menghubungi isteri untuk mendapatkan pengesahan.
“Panggilan saya hanya dijawab majikan tempat Norazita bekerja dan beliau meminta supaya saya datang ke sana dengan segera tanpa memberitahu apa yang berlaku.
“Sebaik tiba di bank itu, saya menggigil dan hampir pengsan melihat keadaan isteri terbaring kaku tidak bernyawa dan berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Serdang, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, Norazita yang bertugas sebagai pegawai operasi cawangan AmBank di Subang Jaya maut ditembak dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan premis berkenaan.
Tak tunjuk perubahan
Mangsa terkulai di depan pintu bilik kebal bank berkenaan selepas terkena tembakan ‘pump gun’ digunakan suspek. Sebelum kejadian, mangsa bersama tiga petugas wanita bank itu diiringi suspek berusia 37 tahun, membuka pintu bilik kebal untuk menyimpan sejumlah wang tunai.
Irwan berkata, isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika keluar pergi kerja dan tidak menyangka pengawal keselamatan itu sanggup membunuh isterinya hanya disebabkan wang.
Bagaimanapun, katanya, beliau kecewa kerana gambar ngeri isterinya terbaring ditembak selain video kejadian itu dimuat naik dalam laman sosial secara meluas tanpa memikirkan sensitiviti keluarganya.
“Saya minta masyarakat dalam memadam semula video dan gambar berkenaan. Ini bukan cerita gembira, sebaliknya menyedihkan kami sekeluarga bila gambar sedih itu menjadi tatapan semua terutama dua anak saya Nurnisa Nabila, 12, dan Muhd Hazimi, 8,” katanya yang jenazah isterinya dikebumikan di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.
Anak sulung mangsa, Nurnisa Nabila, berkata selalunya setiap pagi, ibunya akan menghantar ke sekolah, namun pada hari kejadian, beliau pertama kali dihantar oleh bapanya selepas ibu memaklumkan perlu cepat sampai ke hospital.
“Kali terakhir saya dapat jumpa ibu jam 7.15 pagi sebelum keluar ke sekolah. Saya sempat salam tangan ibu dan sedih bila dimaklumkan ibu sudah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Ibu seorang yang garang dan tegas, namun saya sangat rapat dengan ibu,” katanya.
Suspek masih diburu
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua, ketika dihubungi berkata, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan dan pihaknya giat memburu suspek dipercayai masih bersembunyi di sekitar Lembah Klang.
Katanya, pihaknya sudah mengambil keterangan beberapa individu dan satu sidang media berhubung perkembangan kes berkenaan akan dibuat hari ini.
Sementara itu, AmBank Group dalam satu kenyataan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan Norazita seorang pekerja cemerlang dan dedikasi.
Katanya, pihak AmBank bekerjasama rapat dengan polis dalam membantu siasatan kes berkenaan dan kakitangannya akan menghadiri majlis pengebumian arwah. – Berita Harian
No Comments »Filed under: isu semasa |
10.20
13

ROMBONGAN PENGANTIN CEMAS, BAS DARI JOHOR BAHRU KE KOTA BHARU TERBALIK.

by admin ·

Alhamdulillah, tiada kehilangan nyawa berlaku. Sudah tentu ia melegakan pasangan pengantin baru yang sedang berbahagia menyambut hari istimewa buat mereka. Berdasarkan sumber berita, kemalangan yang melibatkan sebuah bas dan kereta berlaku di Kampung Gerai dekat Jertih, pagi semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, pasangan pengantin antara 30 penumpang yang nyaris maut apabila bas sewa khas membawa rombongan pengantin dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kota Bharu, Kelantan terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta sebelum terbalik di dalam parit. Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu , pemandu kedua bas, Sharizan Mohd Nasir, 35, mengalami kecederaan kecil di jari dan dirawat sebagai pesakit luar, manakala kesemua penumpang lain termasuk 12 kanak-kanak dan pasangan pengantin terbabit tidak mengalami kecederaan.

Menurut Sharizan, kejadian berlaku apabila pemandu bas, Mohd Fahrul Rozi Domora Ahmad Shah, 33, cuba mengelak sebuah kereta Perodua Viva dari arah Kota Bharu, Kelantan yang masuk ke laluannya.

bas terbalik

“Pemandu bas membunyikan hon sebanyak dua kali dan memberi lampu tinggi kepada pemandu kereta sebagai isyarat, namun kereta tersebut tetap berada di laluan salah. Bagi mengelakkan bertembung, kawan saya memandu bas ke tepi, namun hilang kawalan akibat jalan basah sebelum terbabas ke dalam parit kemudian terbalik, manakala kereta itu bergesel dengan sisi kanan bas dan terjatuh ke dalam parit juga,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Trafik Daerah Besut dekat Jertih.

Sharizan berkata, ketika kejadian, anaknya Muhammad Arif Izuddin, 2, tercampak bersama penumpang lain ke bahagian bawah bas yang terbalik, namun syukur anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurutnya, tangannya cedera kecil terkena serpihan kaca ketika memecahkan cermin pintu bas dengan alat pemadam kebakaran untuk memastikan semua penumpang dapat keluar.

“Ketika kejadian bas yang disewa khas ini membawa rombongan keluarga pengantin perempuan ke kenduri di rumah pengantin lelaki di Kadok, Kota Bharu Kelantan. Pasangan pengantin turut sama berada di dalam bas dan mereka juga tidak cedera. Saya bersyukur kerana semua penumpang selamat dan dapat meneruskan perjalanan dengan sebuah bas lain walaupun agak lewat,” katanya.

Kesemua empat wanita yang menaiki kereta Viva tersebut termasuk pemandunya yang dalam perjalanan dari Perlis ke Kuala Terengganu tidak mengalami kecederaan serius kecuali pemandu cedera di kening.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan tidak menolak kemungkinan kemalangan berlaku akibat pemandu kereta tersebut mengantuk dan kejadian berlaku ketika hujan renyai-renyai. Bagaimanapun katanya, polis akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

No Comments »Filed under: isu semasa | Tags: , , , , , , , , , ,
10.11
13

GOSIP BERCINTA DENGAN NONI AF5 – FAUZI NAWAWI BERASA MALU

by admin ·

Baru-baru ini kecoh dengan gosip skandal antara bekas peserta Akademi Fantasia 5 (AF5) iaitu Noni dengan pelakon Fauzi Nawawi. Gosip berkenaan timbul kerana mereka berdua dikatakan semakin rapat dan menimbulkan tanda tanya banyak pihak termasuk media. Semalam Noni AF5 sudah menjelaskan hal sebenar mengenai hubungannya dengan Fauzi. Terbaru, hari ini Fauzi Nawawi pula tampil menjelaskan isu yang sama. Jelasnya, dia berasa malu dengan gosip berkenaan?

Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 40, berkata dalam laporan mStar Online, dia terkejut kerana masih ada isu-isu skandal dikaitkan dengannya termasuklah berlaku curang dengan isteri, Lisdawati.

fauzi nawawi

“Sudah-sudahlah nak kaitkan saya dengan wanita lain. Pada usia mencecah 40 tahun, saya rasa malu pula apabila digosipkan mempunyai skandal. Rasa macam tak logik saya dikaitkan dengan Noni kerana saya hanya pernah bekerjasama menerusi drama Aiman Tempe, Jentera Jenteng Pilihan Raya dan Kiambang sahaja dengannya. Dia juga turut terlibat menjayakan promosi produk Aqua Terapi yang diusahakan oleh syarikat saya dan isteri iaitu Perfect Illusion Corporation Sdn Bhd,” katanya.

Sementara itu, Fauzi berkata, dia berasa pelik daripada mana wartawan yang mengeluarkan berita tersebut mendapat sumber berkenaan dan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya kontroversi tersebut menjejaskan karier dan perniagaannya.

“Saya nak ingatkan, kalau nak buat cerita seperti ini selidik betul-betul. Jangan sampai saya ambil tindakan pula nanti. Mungkin isteri saya sudah faham dengan isu seperti ini dan dia tidak hairan pun dengan perkara tersebut. Lebih-lebih lagi Lisda sering bersama saya dan Noni apabila membuat promosi produk. Tetapi apa pula kata teman lelaki Noni apabila isu ini menjadi serius? Saya harap gosip saya berskandal dengan wanita lain tidak lagi diberitakan. Cukup-cukuplah. Anak-anak saya pun dah besar, rasa kurang manis apabila berita ini keluar. Apatah lagi saya dan Lisda merancang untuk menambah anak pada tahun hadapan,” tegas Fauzi.

No Comments »Filed under: isu semasa | Tags: , , , , , , ,
10.8
13

Saya Tak Sengaja – Indra Putra Mahayuddin

by admin ·

Indra Putra Mahayuddin akhirnya membuka mulut apabila menafikan beliau dengan sengaja menyiku muka Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo sehingga menyebabkan pemain Johor Darul Takzim (DT) itu mengalami kecederaan hidung dan terpaksa mendapatkan rawatan susulan.

Menyatakan dia langsung tidak menyimpan niat jahat untuk mencederakan bekas pemain The Red Warriors (TRW) itu, Indra Putra berkata, sebagai pemain profesional, dia menghormati peraturan bola sepak negara dan sedar sebarang kekasaran yang dilakukan secara sengaja boleh mengundang padah.

“Saya tidak melakukan apa-apa (kekasaran) terhadap Mat Yo. Ketika itu, berlaku perebutan bola 50-50 antara saya dengannya. Lagipun, perkara itu berlaku betul-betul di depan pengadil dan juga penjaga garisan. Seandainya saya melakukan kekasaran itu secara sengaja atau mempunyai niat jahat terhadap Mat Yo, tentu saya akan dikenakan tindakan tegas oleh pengadil, termasuk dilayangkan kad merah.

“Malah, Mat Yo atau pemain Johor DT lain akan ‘terkam’ saya jika sengaja melakukan kekasaran itu. Tapi mereka tidak berbuat sedemikian kerana melihat secara jelas bagaimana kejadian itu berlaku,” katanya yang menyerahkan perkara itu kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Semalam dilaporkan Indra Putra bakal berdepan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas dia didakwa menyiku Norshahrul ketika pertembungan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV Sabtu lalu.

No Comments »Filed under: isu semasa | Tags:
10.7
13

ANDA RASA MAMAT NI KREATIF KE?

by admin ·

1381431_477439249037100_924355621_n

No Comments »Filed under: isu semasa | Tags:
10.7
13

CERITA SEBENAR DISEBALIK KEJADIAN ‘BLACK HAWK DOWN’

by admin ·

61380700114_freesize

Seperti kita maklum, media antarabangsa langsung mengabaikan peranan tentera Malaysia dalam misi menyelamat sekumpulan renjer Amerika Syarikat yang terperangkap di Mogadishu, Somalia. Insiden itu dirakamkan dalam filem Hollywood, Black Hawk Down. Filem itu bagaimanapun tidak memberikan gambaran yang tepat tentang sumbangan tentera Malaysia dan apa yang sebenarnya berlaku di negara bergolak itu 20 tahun lalu.

Memetik laporan Malaysia Digets, Major Jeneral (B), Datuk Md. Rozi Baharom yang terlibat dalam operasi berkenaan mengenang kembali hari bersejarah itu.

Pada 3 Oktober 1993, lebih 100 anggota tentera Malaysia bertarung nyawa untuk menyelamatkan sekumpulan renjer Amerika Syarikat yang terperangkap di Mogadishu, Somalia. Beliau juga kecewa apabila filem Black Hawk Down tidak memberikan gambaran yang tepat tentang sumbangan tentera Malaysia pada masa itu. Jelasnya lagi, gambaran yang salah itu akan dibetulkan dalam sebuah dokumentari yang akan menceritakan kebenaran di sebalik peristiwa itu tidak lama lagi.

Misi menyelamat yang dijalankan bersama Renjer Amerika Syarikat dan komando Delta Forces mengakibatkan banyak nyawa terkorban termasuk Korporal Mat Aznan manakala sembilan lagi tentera Malaysia cedera. Biarpun begitu, keberanian pasukan ’19 Melayu Diraja Mekanise’ itu hampir tidak dipedulikan dan diremehkan oleh media antarabangsa seolah-olah tentera Malaysia tidak memainkan peranan penting atau malah bukan sebahagian daripada misi itu. Malah, peranan tentera Malaysia semasa insiden itu yang menyaksikan militia Somali menembak jatuh dua pesawat helikopter UH-60 Black Hawk langsung tidak ditonjolkan dalam filem Black Hawk Down yang terbit pada 2001. Hal itu mengecewakan hati tentera Malaysia.

Md Rozi ketika itu merupakan Timbalan Komander bagi batalion Malaysia. Umurnya 42 tahun ketika beliau sama-sama mengepalai pasukan tentera Malaysia mengharungi jalan raya di Mogadishu memburu hulubalang Somali, Mohamed Farrah Aidid dan konco-konconya. Menurut Md. Rozi, pasukannya yang lengkap dengan kereta perisai anggota dan senjata bergadai nyawa membantu misi tentera Amerika untuk mengeluarkan 70 renjer negara itu yang terperangkap.

Oleh kerana gambaran yang tidak adil dalam filem tersebut, Md. Rozi menulis sebuah buku tentang apa yang sebenarnya berlaku. Beliau juga kemudiannya bertemu dengan pengarah dokumentari, Ahmad Yazid Ahmad Puad untuk menerbitkan sebuah dokumentari bagi menceritakan kisah yang tidak diketahui oleh dunia itu. Ahmad Yazid berkata, beliau berminat dengan kisah tersebut dan setuju untuk menerbitkan dokumentari berkenaan.

“Saya menghasilkan dokumentari ini untuk tayangan di pawagam. Ia akan jadi filem dokumentari pertama yang akan ditayangkan di pawagam di negara ini. Saya juga berjaya mendapatkan produser filem dan televisyen Britain, John Smithson untuk jadi produser eksekutif. Kalau semuanya berjalan lancar, dokumentari itu akan masuk panggung akhir tahun depan,” kata Ahmad Yazid.

Pada 1993, kebuluran dan perang saudara mencengkam Somalia menyebabkan lebih 300,000 rakyatnya terbunuh dan menggerakkan operasi pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu ke negara itu. Pada 3 Oktober 1993, tentera Amerika menyusun sebuah pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota-anggotanya serta tentera pengaman PBB termasuk Malaysia. Selama 12 jam, mereka bertempur menuju ke Pasar Bakara dan berjaya menyelamatkan lebih 70 renjer Amerika yang terkepung.

Ini kisah keberanian itu.

No Comments »Filed under: isu semasa | Tags: , , , , , , , ,
09.30
13

MENARIK!!! Lelaki Teruna Boleh Dikesan?

by admin ·

Lelaki-Teruna-Boleh-Dikesan

Selalunya, seorang lelaki mencari perempuan yang masih ‘dara’ untuk dijadikan

sebagai isteri memandangkan itu menunjukkan kesucian dan kehormatan diri buat perempuan itu.

Bila si gadis atau wanita itu ‘hilang’ dara, perkara itu menjadi satu perkara yang sangat besar dan jelas menunjukkan gadis itu tidak bermoral atau mempunyai masalah sosial.

Ramai yang tidak mengetahui kalau golongan wanita memang sinonim dengan perkara ‘dara’ ini, kaum lelaki juga mempunyai teruna!

Beberapa kajian yang dibuat membolehkan kita mengenal pasti sama ada seseorang lelaki itu masih teruna atau pun tidak.

Antara ciri-ciri lelaki teruna yang boleh dikenal pasti adalah;

-Lelaki teruna suka mengintai atau curi-curi pandang perempuan yang cantik berbanding lelaki yang tiada teruna lebih gemar melihat susuk tubuh perempuan.

-Lelaki teruna akan tunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi yang gembira seperti mengetap bibir ketika senyuma manakala lelaki tiada teruna hanya memberikan reaksi bersahaja.

-Lelaki teruna tertunduk malu apabila dipandang wanita, lelaki tiada teruna akan terus mengekalkan pandangan.

-Lelaki teruna malu untuk berbicara dihadapan wanita ketika makan.

-Jantung akan berdegup laju apabila mengetahui ada gadis yang menyukainya.

-Lelaki teruna dikatakan agak ‘membosankan’ atau ‘nerd’ ketika bercinta.

-Lelaki teruna sanggup menghabiskan wangnya demi menambat hati si gadis yang di sayangi.

-Lelaki teruna terlalu sensitif dan berasa sedih sekira dirinya diabaikan.

-Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan gadis lain tidak cantik.

Pelik, tetapi itulah benar yang ditunjukkan dalam kajian tentang sikap dan diri seorang lelaki yang masih lagi teruna.

Memang susah untuk percaya lebih-lebih lagi tiada sesiapa yang mengenali diri seseorang lelaki itu melainkan dirinya sendiri.

Terpulang kepada pembaca sama ada untuk percaya atau tidak memandangkan ini hanyalah pendapat kajian.

Lain orang, lain buah fikirannya dan pegangan amalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
No Comments »Filed under: isu semasa | Tags: